Anak Angkat Penyanyi Azharina Meninggal Dunia

Anak angkat penyanyi Azharina Azhar meninggal dunia di Hospital Putrajaya kira-kira pukul 10.30 pagi akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Azharina mengesahkan perkara itu di Instagramnya.

Rizqie Azharin Azhar yang berusia hampir sebulan dimasukkan ke hospital berkenaan pada malam Ahad lalu selepas diserang demam panas dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaannya kritikal.

Azharina berkata, anak angkatnya itu mengalami pendarahan otak dan kerosakan pada kedua-dua buah pinggang.

Jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 14 Puchong selepas solat Asar hari ini.

Penyanyi itu juga mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah yang kini berusia 3 tahun. – 28 Mac 2017.