Annuar Musa Masuk Hospital

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini selepas mengadu sakit dada.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) hospital berkenaan.

Difahamkan, keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.

“Kira-kira jam 6 pagi tadi, Tan Sri Annuar mengadu sakit dada dan pening sebelum dihantar ke HUSM untuk pemeriksaan lanjut.
Alhamdulillah, keadaannya kembali stabil,” kata abangnya, Abdul Sattar.

Tambahnya, atas nasihat doktor, pelawat terpaksa dihadkan kepada keluarga terdekat sahaja bagi membolehkan Annuar berehat.

Sehubungan itu, dia meminta orang ramai mendoakan agar bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu kembali pulih. – 1 April 2017.