KP Kelantan Meninggal Dunia

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail meninggal dunia  di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur akibat serangan jantung petang tadi.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kelantan, Superintenden Shaikh Azhar Shaikh Omar berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.45 petang di sisi isteri dan anak-anaknya.

“Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Badak, Bachok untuk dikebumikan,” katanya.

Allahyarham Ab. Rahman, 59, dimasukkan ke IJN sejak kelmarin akibat komplikasi jantung.

Allahyarham mula bertugas sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai 2016 menggantikan Datuk Mazlan Lazim. – 2 April 2017.

.