Annuar Musa Dibawa Ke IJN

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) tengah hari ini selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Difahamkan, Annuar dipindah ke IJN untuk menjalani pemeriksaan lanjut di hospital berkenaan.

Abangnya, Abdul Sattar berkata, keadaan kesihatan Ahli Parlimen Ketereh itu semakin pulih sejak semalam namun beliau dinasihatkan supaya melakukan pemeriksaan susulan di IJN.

“Adik saya bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan tengah hari ini. Beliau sudah beransur pulih namun doktor meminta supaya banyak berehat dan kurangkan menerima pelawat,” katanya.

Kelmarin, Annuar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) HUSM selepas mengadu sakit dada dan keletihan di samping mengalami muntah-muntah. – 3 April 2017.