PM Melawat Terengganu 15 Dan 16 April Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Terengganu bermula 15 hingga 16 April ini.

Perdana Menteri dijangka tiba pada petang 15 April di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan akan terus ke Bukit Nanas, Tepoh bagi Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Pada 16 April, Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Pecah Tanah Pemuliharaan Muara Sungai Besut yang dikenali sebagai gerbang pelancongan Terengganu di Kuala Besut.

Perdana menteri dijangka akan berada di Kuala Besut jam 8 pagi.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan melancarkan program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri di Tapak Perumahan Idaman Rakyat (SPMB) di Santong, Paka. – 3 April 2017.