Tentera AS Sahkan Korea Utara Lancar Senjata Balistik

Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam, mengesahkan Korea Utara melancarkan senjata balistik jarak sederhana.

Bagaimanapun, ia bukanlah satu ancaman kepada Amerika Utara dan berjanji untuk bekerjasama rapat dengan sekutu di rantau berkenaan.

“Pusat Arahan Pasifik Amerika Syarikat komited sepenuhnya untuk bekerjasama rapat dengan sekutu kami, Korea Selatan dan Jepun bagi mengekalkan keselamatan.

“Pusat Pertahanan Keselamatan Amerika Utara (NORAD) memberi jaminan pelancaran senjata dari Korea Utara bukan satu ancaman kepada Amerika Utara, ” kata pusat arahan rantau Indo-Asia Pasifik. – AFP, 5 April 2017.