Dr. Vida Sah Cerai Talak Satu

Pengasas produk kosmetik Q Puteh Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman sah bercerai talak satu dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin, 39, hari ini.

Hasmiza yang lebih dikenali dengan Dr. Vida memberitahu, suaminya melafazkan cerai tersebut di Mahkamah Syariah Ipoh kira-kira pukul 9.30 pagi hari ini.

Sebelum ini, pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu dilaporkan dalam proses penceraian secara rasmi dengan suaminya.

Khabar mengenai keruntuhan rumah tangga pengusaha produk kecantikan ini mula tersebar kira-kira tiga minggu lalu.

Vida bernikah dengan Fairuz pada Oktober 2014, yang juga perkahwinan ketiga wanita itu. – 7 April 2017.