Pesawat MAS Tergelincir

Sebuah pesawat Malaysia Airlines tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Sibu dalam hujan lebat malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.17 malam itu melibatkan penerbangan MH2718 daripada Kuala Lumpur yang membawa 61 penumpang serta enam anak kapal.

Bagaimanapun, tiada kecederaan yang dilaporkan.

“Semua di atas pesawat selamat dibawa turun menerusi dua rakit gelongsor,” kata syarikat itu menerusi laman Facebook.

Menurutnya, siasatan segera telah diadakan bagi memastikan punca kejadian.

“Keselamatan semua penumpang menjadi keutamaan Malaysia Airlines,” tambahnya. – 9 April 2017.