Penyokong Berkumpul Bantah Keputusan Pengadil

Lebih 200 penyokong Kelantan berkumpul di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan pengadil Md. Nazmi Nasaruddin yang disifatkan berat sebelah dalam aksi Liga Super Kelantan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi.

Mereka berkumpul lebih kurang 20 minit sambil mengecam pengadil dengan pelbagai kata-kata kesat sebagai menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perkara tersebut.

Penyokong yang berhimpun itu akhirnya bersurai selepas diarahkan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) datang untuk mengawal keadaan daripada berlaku suasana lebih tegang.

Bantahan tersebut berpunca apabila Md. Nazmi memberikan penalti kepada pasukan JDT pada minit ke-28 selepas pemain TRW didakwa melalukan kekasaran keatas Gonzalo Cabrera.

Walaupun dibantah keras oleh pemain TRW, namun Gabriel Migual Guera tenang menyempurnakan tendangan tersebut untuk meledakkan jaringan.

Pada perlawanan itu, Kelantan meneruskan rentetan kekalahan apabila tumpas 2-3 kepada JDT.

Itu merupakan kekalahan kedua berturut-turut Kelantan selepas tumbang 2-1 ditangan Pahang, Sabtu lalu. – 13 April 2017.