PAS ‘Tidak Lapar’ RM90 Juta

PAS bergantung sepenuhnya pada harta anggota parti dan ‘tidak lapar’ dengan dana RM90 juta, kata Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu berkata, parti itu tidak pernah meminta dana daripada mana-mana bekas rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, mahu pun Barisan Nasional (BN) untuk membiayai kelangsungan parti itu.

“Ada pula budak yang tak matang berpolitik, dia tuduh PAS terima RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ini saya nak tegaskan kepada dia, kita tak lapar RM90 juta itu, sebaliknya bergantung sepenuhnya pada harta anggota parti,” katanya ketika merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang di Yayasan An-Nahdhoh, di Bukit Mertajam hari ini.

beliau berkata, PAS terlalu banyak mengalah dengan bekas rakan sekutunya termasuk menyerahkan kerusi di Permatang Pauh pada pilihan raya umum lalu.

“Kita korbankan begitu sahaja, tetapi sayang kita pula dikhianati dan dicemuh mereka,” ujarnya. – 17 April 2017.