Pondok Permatang Sungkai Terbakar

Sebanyak 10 pondok Madrasah Seri Permai di Permatang Sungkai, Pasir Puteh musnah dijilat api dalam kebakaran kira-kira pukul 9.43 malam tadi.

Turut terbakar adalah sebuah bangunan pejabat pentadbiran madrasah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Pegawai Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, operasi kebakaran mengambil masa kira-kira 40 minit dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Kerugian awal dianggarkan sebanyak RM61,000 dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya

Bagaimanapun, beliau berkata, punca kejadian dan taksiran sebenar kerugian masih dalam siasatan. – 18 April 2017.