Pecah Amanah: Pengarah Kanan Yapeim Direman Lima Hari

Seorang pengarah kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) direman lima hari bagi membantu siasatan kes pecah amanah.

Perintah reman yang bermula hari ini, itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas mendengar permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, pengarah berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Dia ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah amanah melibatkan wang sejumlah RM223,000.

Lelaki berkenaan yang berpakaian lokap jingga dibawa ke Mahkamah Putrajaya kira-kira 9 pagi hari ini.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah. – 26 April 2017.