Pelajar Kaki Dipotong Meninggal Dunia

Pelajar lelaki yang kakinya dipotong berikutan penderaan fizikal dipercayai dilakukan seorang pembantu warden di sebuah sekolah agama di Kota Tinggi, Johor telah meninggal dunia hari ini.

Bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan, anaknya Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia kira-kira pukul 2.05 petang di Hospital Sultan Ismail.

Mohamad Thaqif Amin dimasukkan ke hospital berkenaan minggu lalu setelah kakinya bertukar hitam selepas dilapor dipukul oleh pembantu warden asrama sekolahnya.

Kedua belah kakinya terpaksa dipotong Jumaat lalu bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya. – 26 April2017.