Kerajaan Komited Bangunkan Syiar Islam Di Negara Ini

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM550 juta setahun kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membangunkan syiar Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan itu membabitkan pembayaran elaun kepada 34,000 guru Kelas Fardu Ain dan Al-Quran (KAFA), 14,000 imam dan 3,600 guru takmir di seluruh negara.

“Peruntukan itu diluluskan Datuk Seri Najib Razak bagi membangunkan Islam di negara ini dan kita perlu berterima kasih kepada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Tok Aman Bali Resort, Pasir Puteh hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha. – 2 Mei 2017.