Muktamar Gagal, PAS Semakin Terpinggir Kata Mahfuz

Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan muktamar tahunan parti itu yang berakhir Isnin lalu sebagai gagal dan menjadikan PAS semakin terpinggir.

Beliau meluahkan rasa sedih, apabila muktamar tersebut menyebabkan orang ramai meletakkan persepsi bahawa parti Islam itu semakin buruk.

“Sebagai ahli yang amat sayangkan PAS, saya sungguh sedih kerana apa yang berlaku pada muktamar itu menyebabkan persepsi orang ramai terhadap PAS semakin buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah Program Menuju Kelantan Baharu di Kota Bharu malam tadi.

Mahfuz berkata, gerakkan PAS kini semakin berbeza apabila ia dilihat lebih mesra UMNO dan Barisan Nasional.

Katanya, kepimpinan PAS kini bersifat songsang berbanding dengan kepimpinan terdahulu.

“Arwah Ustaz Fadhil, Yusuf Rawa serta Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencari kawan seramai mungkin sementara Tuan Guru Haji Hadi menghalau kawan-kawan yang sudah lama bersama,” katanya. – 3 Mei 2017.