Abdul Hadi, Shabery Sarapan Bersama Nelayan

Photo Sinar Harian

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masing-masing meluangkan masa untuk sama-sama bersarapan dengan warga nelayan di Marang, Terengganu pagi ini.

Abdul Hadi hadir sebagai tetamu Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Petronas di Marang Waterfront.

Ketibaan Abdul Hadi disambut Shabery yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehemi Yusoff.

Kesemua pemimpin terbabit tidak melepaskan peluang menikmati nasi dagang, iaitu antara pilihan ‘pengisi perut’ warga nelayan di daerah itu selain kuih tradisional Melayu.

Shabery dan Abdul Hadi meluangkan masa kira-kira satu jam bersama golongan nelayan sebelum berlepas ke Pulau Kapas.

Majlis turut dihadiri​ Ketua UMNO Bahagian Marang, A Latiff Awang. – 4 Mei 2017.