Pemain Import Selangor Ditahan Pandu Kenderaan Bernombor Pendaftaran Palsu

Seorang pemain import Selangor ditahan selepas disyaki memandu sebuah kereta jenis BMW menggunakan nombor pendaftaran palsu di Puchong awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan selepas membuka pintu menggunakan alat kawalan jauh sebelum menghidupkan enjin kereta berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati nombor chasis kereta berkenaan tiada dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

“Setakat ini kita tidak menolak kemungkinan nombor pendaftaran kereta berkenaan direkodkan atas kenderaan lain yang berkemungkinan sudah tidak digunakan lagi namun pemeriksaan masih dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, kereta berkenaan bukan dicuri sebaliknya disyaki diklon.

Katanya, Suspek direman dua hari bermula hari ini. – 5 Mei 2017.