Patah Kaki Tersepit Rim Motosikal

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun patah kaki kanan akibat tersepit pada rim motosikal yang ditunggang ibunya semasa dalam perjalanan ke sekolah hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi di Jalan Sungai Ular, Kulim Kedah itu, mangsa membonceng motosikal bersama ibunya.

Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd. Naim Mat Jaaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.06 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati kaki mangsa tersepit pada bahagian rim motosikal.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan. – 7 Mei 2017.