Ledakan ‘Ekspresi Negaraku’ Di Bumi Kelantan

SANDAKAN, 7 Mei -- Sebahagian daripada penyokong Parti UMNO Sandakan bersemangat mengibarkan bendera Jalur Gemilang sempena sambutan majlis Ekspresi Negaraku yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Bandaran Sandakan hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bumi Kelantan hari ini bergema dengan laungan Negaraku Malaysia diungkapkan oleh lebih 10,000 pengunjung program Ekspresi Negaraku yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai, Pasir Puteh.

Program itu bermula seawal pukul 7.30 pagi menerusi Larian Bendera Negaraku sejauh 3 kilometer yang dilepaskan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed diikuti senamrobik beramai-ramai

Program diteruskan dengan upacara perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada pukul 9 pagi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki serta Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Selain aktiviti riadah, pameran dan cabutan bertuah, para pengunjung juga berpeluang bertemu beberapa ikon tempatan seperti pemenang Anugerah Puskas Fifa 2016, Mohd. Faiz Subri serta usahawan Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd. Syukur Ibrahim.

Pada sebelah malam pula, pengunjung dihiburkan dengan persembahan berelemenkan kebudayaan dan kerohanian oleh artis tersohor tanah air seperti Datuk Ramli Sarip, Datuk M. Nasir, Rabbani dan Lah Ahmad.

Ekspresi Negaraku sebelum ini diadakan di Kedah, Perak dan Sabah merupakan susulan daripada Ekspresi Negaraku Peringkat Kebangsaan di Putrajaya yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mac lalu. – 13 Mei 2017.