Ghaddar Sah Tinggal Kelantan

Teka-teki Mohammed Ghaddar bakal meninggalkan Kelantan terjawab apabila dia mengesahkan akan berhijrah ke Johor Darul Takzim (JDT) pada jendela perpindahan Liga Super musim ini.

‘Ayam tambatan’ Kelantan itu mengesahkan perkara tersebut menerusi laman Instagramnya hari ini.

Ghaddar sebelum ini menafikan perpindahan itu dan hanya kekal bersama Kelantan sehingga akhir musim ini.

Menurutnya, dia memilih untuk menyarung jersi JDT kerana mahu mengembangkan lagi kerier bola sepak selain mencari rezeki bagi menyara keluarga.

“Selepas mengharungi separuh musim yang menakjubkan, saya ingin memberikan penghormatan kepada pasukan Kelantan dan para penyokong diatas apa yang mereka berikan.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana menanggap saya seperti anaknya,” katanya. – 15 Mei 2017.