Hadi Masuk Hospital

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang hari ini dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan intensif.

Setiausaha PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkembangan Presiden PAS itu akan dikeluarkan apabila diperlukan.

Beliau, bagi pihak keluarga dan parti mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana memberi ruang untuk Hadi dengan tidak melawat beliau di hospital pada masa ini.

“PAS mengajak semua ahli dan penyokong mendoakan kesihatan beliau dan rawatan berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 15 Mei 2017.