Krisis Selangor, Hilang Prinsip Perjuangan

Krisis yang berlaku di Selangor mewujudkan satu persepsi bahawa pemimpin PAS dan PKR sudah hilang prinsip perjuangan masing-masing.

AhlI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, penamatan tahaluf siyasi PAS dengan PKR seolah-olah tidak mempunyai sebarang makna memandangkan kesemua Exco parti itu masih memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

“Sepatutnya kalau dia putus hubungan politik, maka tak ada lagilah campuran dengan pihak yang sudah dicerai.

“Tetapi oleh kerana kepentingan kebendaan, mereka sanggup langgar walau apapun keputusan yang sudah dibuat di peringkat tertinggi,” katanya.
selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Blok Asrama Sekolah Lelaki dan Perempuan (Orang Asli) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Wangi, Gua Musang.

Tiga Exco PAS masih memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor walaupun Majlis Syura Ulama PAS telah menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR. – 16 Mei 2017.