Doktor Maut Kereta Dipandunya Terbabas

Seorang doktor yang bertugas di Hospital Machang maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di Kampung Alor Hijau, Selising Pasir Puteh hari ini.

Mangsa, Mohd. Faizal Rozali, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami keceraan parah di bahagian kepala dan dada.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa yang memandu kereta jenis Mitshubishi Lancer terbabas sebelum merempuh beberapa batang pokok berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Elmy Azhar Mustofar berkata, pihaknya mengambil masa 30 minit untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduknya.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – 18 Mei 2017.