PRK Pujut 4 Julai

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pujut, Sarawak pada 4 Julai ini.

PRK itu diadakan susulan pelucutan jawatan penyandangnya Dr. Ting Tiong Choon (DAP).

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, mesyuarat khas hari ini turut menetapkan 20 Jun sebagai hari penamaan calon.

Pada 12 Mei lepas, Dun Sarawak melucutkan kelayakan Dr.Ting sebagai wakil rakyat daripada DAP bagi kerusi Pujut, kerana didakwa turut mempunyai kewarganegaraan Australia. – 19 Mei 2017.