Pungut Wang Pusat Judi, Reman OCPD Disambung

Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan tempoh tahanan reman terhadap sembilan individu termasuk dua ketua polis daerah berhubung kes mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut sekitar Melaka dilanjutkan lima hari lagi.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan tempoh reman disambung sehingga 27 Mei ini.

Suspek yang ditahan termasuk dua ketua polis daerah masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Deputi Superintendan dan dua pegawai berpangkat Asisten Superintendan.

Terdahulu, semua suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret dengan memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari pada jam 9.23 pagi.

Mereka sebelum ini direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Turut direman berhubung kes yang sama ialah seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang orang awam. – 22 Mei 2017.