Rumah Urut, Judi Haram, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan seorang lagi pegawai polis ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan judi haram dan rumah urut di Melaka.

Pegawai berkenaan adalah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah yang ditahan jam 10.45 pagi hari ini.

Penahanan pegawai berpangkat Asisten Superintendan itu adalah tangkapan terbaharu menjadikan 13 individu ditahan SPRM di Melaka setakat ini berhubung siasatan kes rasuah berkenaan. – 24 Mei 2017.