Zakat Fitrah Kelantan RM7

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan harga zakat fitrah bagi tahun ini adalah RM7 iaitu sama dengan tahun lalu.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr. Nik Mohd. Azlan Abd. Hadi berkata, pihaknya menyasarkan kutipan zakat pada tahun ini meningkat kepada RM 8.4 juta berbanding RM8.3 juta tahun lalu.

“Biasanya pada bulan puasa, kesedaran membayar zakat meningkat terutama pada hujung Ramadan.

“Pada tahun ini kita jangkakan seramai 1.2 juta orang Islam akan membayar zakat fitrah melalui 500 amil yang dilantik Maik,” katanya. – 24 Mei 2017.