Operasi Di UTC Seluruh Negara Berubah Sepanjang Ramadan

Waktu operasi bagi semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan berubah sepanjang bulan Ramadan ini bermula 26 Mei hingga 27 Jun.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, UTC di Semenanjung Malaysia akan beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5 petang, manakala di Sabah, Labuan dan Sarawak akan beroperasi bermula 8 pagi hingga 4.30 petang setiap Isnin hingga Ahad.

“Penutupan awal UTC sempena bulan Ramadan diharap dapat menjaga kebajikan petugas di UTC dan pada masa sama perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas,” kata kenyataan itu.

Perkhidmatan di UTC bagaimanapun akan kembali beroperasi seperti biasa mulai 28 Jun. – 25 Mei 2017.