PM Agih Kurma Sumbangan Kerajaan Arab Saudi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengagihkan sebanyak 10 tan kurma sumbangan kerajaan Arab Saudi kepada semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Majlis penyerahan sumbangan itu di adakan selepas solat Jumaat di Dewan Makan Ibnu Khaldun di Masjid Putra, Putrajaya hari ini.

Kurma tersebut hasil sumbangan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil masjid dan surau Jumaat membabitkan 70 buah masjid dan 110 surau Jumaat di Kuala Lumpur dan dua masjid serta 14 surau Jumaat di Putrajaya.

Najib turut melancarkan Program Ihya Ramadan peringkat Kebangsaan 1438 Hijrah yang merupakan program kerohanian bagi mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan. – 26 Mei 2017.