Umat Islam Mula Berpuasa Esok

Umat Islam di negara ini akan mula berpuasa esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkannya berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu bersamaan 27 Mei (esok) bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sehubungan itu, seluruh warga kerja sokmo.net mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selama menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. – 26 Mei 2017.