Gambar TPM Peluk Pemimpin PAS Tular

Aksi mesra Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memeluk Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali tular di media sosial sejak malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri yang lengkap berjubah dan berkopiah putih itu menunaikan solat Isyak dan tarawih di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, di Kuala Terengganu malam tadi.

Terengganu menjadi negeri pertama dikunjungi Timbalan Perdana Menteri sempena Program Penerapan Nilai Murni di bulan Ramadan.

Selesai solat tarawih Timbalan Perdana Menteri kemudian menyertai para jemaah menikmati moreh dengan juadah pulut panggang dan bubur pulut hitam. – 29 Mei 2017.