Kawal Berat Badan Di Bulan Puasa

Tips bagi mengelak berat badan naik ketika Ramadan:

1. Elakkan makan secara berlebihan. Pastikan berbuka dengan juadah yang ringan termasuk jumlah makanan yang sewajarnya.

2. Kunyah dengan perlahan makanan anda untuk mengelakkan ketidakhadaman.

3. Berbuka dengan sup dan salad. Makanan ini mengandungi kalori rendah dan membuatkan anda berasa kenyang.

4. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sepanjang waktu tidak berpuasa.

5. Minum jus buah-buahan tanpa gula dan elakkan kordial yang mengandungi tahap gula yang tinggi.

6. Pilih produk susu yang rendah lemak dan daging tidak berlemak.

7. Makan kurma dan salad.

8. Berjalan sekurang-kurangnya setengah jam hingga sejam pada setiap hari untuk membakar lebih banyak kalori.

9. Apabila memasak, pastikan anda memilih resepi yang berkhasiat dan mengelakkan makanan berminyak. Sebaliknya kurangkan jumlah lemak dalam makanan dengan menggunakan minyak sayuran, memanggang dan masak stim.

10. Elakkan memakan secara berterusan terutamanya pada waktu berbuka dan bersahur kerana boleh menyebabkan kepenatan akibat terlalu kenyang.

– 29 Mei 2017.