TPM Solat Tarawih Bersama 2,000 Jemaah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi maam tadi menunaikan solat Isyak dan tarawih di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, Terengganu bersama kira-kira 2,000 jemaah.

Beliau tiba kira-kira jam 8.30 malam diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman dan disambut Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Sabri Alwi.

Solat Isyak dan tarawih diimamkan oleh Imam Besar Masjid negeri, Aizi Saidi Abd. Aziz.

Timbalan Perdana Menteri kemudian menyertai para jemaah menikmati moreh dengan juadah pulut panggang dan bubur pulut hitam.

Ahmad Zahid sebelum ini mengumumkan akan ke setiap negeri bagi majlis berbuka puasa bersama rakyat sempena Program Penerapan Nilai Murni di bulan Ramadan.

Terengganu menjadi negeri pertama dikunjungi Timbalan Perdana Menteri itu sempena program berkenaan. – 29 Mei 2017.