Perlu Kenakan Tindakan – Mustapa

Tindakan perlu dikenakan terhadap mana-mana pemimpin bukan beragama Islam yang menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik bagi mengelak perbuatan sama berulang pada masa akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan tersebut khususnya melibatkan pemimpin pembangkang bukan perkara baharu malah sudah berulang kali dilakukan.

Katanya, malah, insiden Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa menggunakan ruang solat di Masjid An Nur di Kampung Melayu Subang untuk tujuan tersebut seolah-olah seperti tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam.

“Ini bukan kali pertama ia berlaku (menggunakan masjid untuk berpolitik) tetapi sudah berulang kali. Kalau kali pertama mungkin kita boleh andaikan pemimpin DAP itu tersalah,” katanya.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa teramat dukacita dengan tindakan Sivarasa yang memasuki Masjid An Nur dan menggunakan ruang solat sebagai tempat berpolitik pada minggu lalu.

Ekoran daripada itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menubuhkan satu Jawatankuasa Panel Khas untuk menyiasat insiden tersebut. – 1 Jun 2017.