Enam Pelajar Tahfiz Maut, Van Rempuh Rumah

Enam pelajar Tahfiz Tualang maut apabila van dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh bahagian hadapan sebuah rumah di Kampung Telekong, Kuala Krai pagi ini.

Mangsa terbabit meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Sementara itu, lapan penumpang lain dilaporkan kritikal dihantar ke Hospital Kuala Krai dan Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

Difahamkan ketika kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan ke program Daurah Al-Quran Madinah Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai,Penolong Penguasa Mohd Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.45 pagi.

“Dua jentera bomba satu dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang dan satu lagi dari Kuala Krai ke tempat kejadian.

“Lima mangsa maut di tempat kejadian,” katanya. – 2 Jun 2017.