Mustapa Harap Keluarga Tabah

Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industiri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap keluarga tujuh pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi yang maut dalam kemalangan di Kampung Telekong menghadapi dugaan tersebut dengan tabah.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memandu terutama pada bulan Ramadan ini.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat kemalangan. Kita cukup bersimpati dan didoakan pelajar tersebut ditempatkan bersama golongan yang soleh.

“Kita juga mendoakan agar mangsa yang sedang dirawat di hospital agar cepat sembuh,” katanya ketika meluangkan masa melawat
Ahmad Syakir Azfar Abd Rahim, 16, dan Muhammad Syuwari Manasikana,14, di Hospital Kuala Krai.

Turut bersama Mustapa ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman; Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr. Mohd. Salleh Mat Jusoh.

Mustapa meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat dua pelajar tersebut selain menyampaikan bantuan kepada keluarga mereka. – 3 Jun 2017.