Bonus Raya Penjawat Awam Kelantan RM500

Kerajaan PAS Kelantan akan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keputusan tersebut selaras dengan pengumuman kerajaan Persekutuan mengenai bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam, baru-baru ini.

“Dalam mesyuarat hari ini, kita putuskan untuk mengikut jejak langkah kerajaan Pusat memberikan bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Menurut Mohd. Amar, bantuan bersifat one off itu akan diagihkan dalam masa terdekat. – 7 Jun 2017.