PM Berbuka Bersama Pemimpin UMNOBN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama anggota Majlis Tertinggi UMNO, pemimpin veteran dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ketua-ketua sayap UMNO dan beberapa pemimpin kanan UMNO dan BN.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penghuni rumah anak yatim Sabak Bernam, Selangor dan Kuala Lumpur selain meraikan mereka berbuka puasa.

Selesai berbuka puasa, Najib dan jemaah lain menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih. – 9 Jun 2017.