Harga Petrol Turun Lagi

Harga bahan api untuk minggu ketiga bagi bulan (Jun) ini turun lagi selepas mencatatkan penurunan dua minggu berturut-turut sebelum ini.

Harga RON95 dan petrol RON97 turun sebanyak tujuh sen, manakala diesel enam sen.

RON95 turun dari RM2.05 seliter kepada RM1.98 seliter, manakala harga RON97 RM2.24 seliter berbanding RM2.31 seliter sebelum ini.

Bagi harga diesel, turun kepada RM1.88 seliter berbanding RM1.94 sebelumnya.

Harga baharu itu berkuatkuasa bermula tengah malam 15 Jun sehingga 21 Jun.

Mekanisme harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa pada April tahun ini.

Harga petrol dan diesel telah diletakkan pada sistem apungan bulanan sejak 1 Disember 2014 berikutan penghapusan subsidi bahan api. – 14 Jun 2017.