Meninggal Ketika Berdoa

Seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang berdoa selepas selesai menunaikan solat sunat tasbih di Masjid Ayah Will, Kampung Teluk Baru, Demit, Kubang Kerian awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu mangsa, Hamzah Harun, 52, dikatakan rebah ketika sedang berdoa selepas selesai solat Tasbih di masjid berkenaan.

“Ketika sedang mengaminkan doa, arwah rebah secara tiba-tiba dan perkara itu amat mengejutkan para jemaah,” kata Pengerusi Masjid Ayah Will, Nawi@Zain Zakaria.

Nawi memberitahu, arwah sering mengikuti program qiamulail di masjid berkenaan sempena sepuluh malam terakhir Ramadan. – 15 Jun 2017.