TM Bantu Pelajar Tahfiz

Seramai 51 pelajar pondok Tahfiz Anz Al Hasyimi, Melor menerima bantuan pembelajaran dan sumbangan Hari Raya daripada Telekom Malaysia (TM) berjumlah RM10,000.

Pengurus Besar Syarikat Telekom Malaysia cawangan Kelantan, Azman Yusof berkata, program tersebut merupakan tanggungjawab korporat syarikat bagi membantu pelajar tahfiz.

“Bantuan ini adalah sumbangan daripada warga keluarga TM, korporat Melayu dan badan bukan kerajaan yang bernilai keseluruhannya adalah RM10,000.

“Antara sumbangan pada hari ini adalah pakaian dan duit raya berjumlah RM100 kepada setiap pelajar, ” katanya selepas menghadiri ¬†Program Tautan Ramadan TM di Syarikat Telekom Malaysia Kota Bharu.

Azman memberitahu, pihak TM akan terus membantu pelajar berkenaan menerusi program ‘pondok angkat’ agar semua pelajar dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih baik. – 15 Jun 2017.