Kerajaan Akan Umum Formula Baharu Harga Petrol

Kerajaan akan mengumumkan satu formula bagi menentukan harga bahan bakar dalam usaha menstabilkan industri minyak negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu akan diumumkan minggu depan selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan syarikat minyak.

Katanya, pertemuan itu untuk membincangkan formula tersebut bagi kepentingan semua pihak.

“Rakyat kena simpati kepada pengusaha stesen minyak yang mengalami kerugian apabila harga minyak turun dan mereka merasakan menjadi mangsa,” katanya.

Menurut Hamzah, ketika ini terdapat 3,500 stesen minyak beroperasi di seluruh negara.

Berkuatkuasa April lalu harga siling bahan api diumumkan setiap minggu bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan. – 17 Jun 2017.