Puteri UMNO KB Agih Makanan Sahur

Puteri UMNO Kota Bharu mengagihkan 100 bungkus makanan bersahur kepada anggota pasukan beruniform menerusi Program Singgah Sahur.

Ketuanya, Wan Salmiah Wan Ab.Ghani berkata, ia bertujuan untuk menghargai pengorbanan anggota pasukan berunifrom yang sanggup bertugas ketika orang lain sedang lena.

“Alhamdulillah sebanyak 100 bungkus makanan telah diagihkan kepada anggota pasukan berunifrom sempena Program Singgah Sahur ini.

“Sumbangan atau agihan makanan ini sebagai sokongan kami (Puteri Kota Bharu) terhadapanggota pasukan keselamatan dalam menjalankan tugas,” katanya.

Wan Salmiah memberitahu, program tersebut memberikan peluang kepada anggota Puteri UMNO Kota Bharu untuk melakukan aktiviti kebajikan di bulan Ramadan. – 17 Jun 2017.