24 Jun Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh Hari Raya Puasa pada petang Sabtu, 24 Jun bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah.

Menurut kenyataan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa menerusi radio dan televisyen,” kata kenyataan itu.

Sebanyak 29 lokasi yang telah ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal di seluruh negara iaitu:

JOHOR: Pontian Kecil

MELAKA: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)

NEGERI SEMBILAN: Telok Kemang (Port Dickson)

SELANGOR: Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra (Banting), Balai Cerap Selangor (Sabak Bernam)

PERAK: Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru (Manjong)

PULAU PINANG: Pusat Falak Sheikh Tahir (Pantai Aceh)

KEDAH: Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Pulau Langkawi), Menara Alor Setar (Alor Setar)

TERENGGANU: Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut), Balai Cerap KUSZA (Setiu)

KELANTAN: Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampong Tembeling (Kuala Krai), Menara Bangunan SEDC (Kota Bharu)

SARAWAK: Esplanade Luak (Miri), Teluk Bandung (Kuching), Tanjung Batu (Bintulu)

SABAH: Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan)

PAHANG: Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Berincang (Cameron Highlands), Bukit Pelindong (Kuantan)

LABUAN: Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah

KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur

PUTRAJAYA: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

PERLIS: Kuala Sungai Baru (Simpang Empat). – 17 Jun 2017.