Pemangku Raja Kelantan Rai Anak Yatim, Tahfiz

Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Tarawih bersama kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji malam tadi.

Terdahulu, baginda yang juga Yang Dipertua Maik turut berkenan mengurniakan sumbangan bantuan hari raya berjumlah RM69,900 kepada 233 orang penerima.

Penerima terdiri daripada 104 pelajar Darul Aitam Maik; 89 pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) Maik dan 40 penghuni Asrama Bakti Machang.

Setiap pelajar menerima sumbangan bantuan hari raya sebanyak RM300 setiap seorang. – 17 Jun 2017.