KKLW Memperuntukkan RM178,500 Biasiswa Anak Pekebun Kecil Getah

Kerajaan, melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM178,500 biasiswa untuk diagihkan kepada anak-anak pekebun kecil getah di Kelantan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datul Ahmad Jazlan Yaakob berkata, peruntukan tersebut melibatkan 357 anak-anak pekebun kecil yang akan menerima sumbangan berjumlah RM500 setiap seorang.

Beliau berkata, peruntukan dan sumbangan itu membuktikan kerajaan persekutuan sangat menitikberatkan soal pendidikan dalam kalangan anak-anak pekebun kecil getah.

“Saya harap anak-anak yang menerima biasiswa ini dapat memanfaatkan sebaik mungkin demi masa depan mereka.

“Pelajaran merupakan plaftrom terbaik buat anak-anak pekebun kecil dalam mengubah lanskap kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian biasiswa dan berbuka bersama penduduk di Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang. – 18 Jun 2017.