Laku Kesalahan, Pengguna Jalan Raya Bakal Dihadapkan Ke Mahkamah

Pengguna jalan raya yang melakukan tujuh kesalahan besar sepanjang musim perayaan bermula semalam hingga 2 Julai bakal dihadapkan ke mahkamah.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mahasan Mustapa berkata, tujuh kesalahan tersebut ialah menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Menurutnya, selain itu memotong digarisan berkembar dan kiri, tidak memakai tali keledar dan topi keledar bakal berdepan tindakan tersebut.

“Tujuh kesalahan ini akan terus dihadapkan ke mahkamah dan tidak akan dikenakan kompaun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Kempen Keselamatan Jalan Raya JPJ sempena Hari Raya 2017 di Kota Bharu hari ini.

Dalam pada itu, Mahasan memberitahu JPJ tidak akan memberikan sebarang diskaun kepada pengguna yang melakukan kesalahan selain tujuh kesalahan besar itu. – 19 Jun 2017.