Enam Laluan Dikenal Pasti Berisiko Kemalangan

Polis Kelantan mengenal pasti enam laluan yang kerap berlaku kemalangan di negeri itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Ha­sanuddin Hassan berkata, enam lokasi berisiko itu ialah di Kuala Krai, Pasir Mas, Machang dan Pasir Puteh.

Justeru, beliau mengingatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu terutamanya menjelang musim perayaan ini

“Kita telah mengenal pasti lo­kasi-lokasi ini iaitu di daerah Kuala Krai melibatkan laluan di Kilometer (KM) 311.3 dan KM318.5 (Jalan Kuala Krai-Gua Musang); Pasir Mas di KM732 (Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas) dan KM16.2 (Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah); Machang di KM290.2 (Jalan Tanah Merah-Pasir Puteh) dan Pasir Puteh di KM37 (Jalan Kota Bharu-Terengganu).

“Biarpun begitu, kita akan te­tap memberi perhatian di seluruh kawasan di negeri ini bagi memastikan jalan raya selamat dan tidak menjadi tempat untuk menggadai nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pelancaran Op Selamat 11 sempena Hari Raya Aidilfitri yang bertema ‘Rumah Selamat, Selamat Ke Destinasi’ di Hentian Gua Musang.

Hasanuddin berkata, pada Op Selamat kali ini, pasukan peronda dan penguat kuasa akan bergerak untuk memastikan keadaan rumah selamat serta trafik di jalan raya berjalan dengan lancar.

“Mengikut statistik kema­la­n­gan ketika musim perayaan Aidilfitri pada tahun lepas telah menurun kepada 732 kes berbanding 753 kes dalam tempoh sama bagi tahun 2015.

“Kami berharap pengguna jalan raya dapat memandu secara berhemah bagi mengelak lebih ba­nyak kemalangan yang membabitkan kemalangan maut,” katanya. – 20 Jun 2017.