Harga Petrol Turun Tujuh Sen

Harga runcit mingguan petrol RON95 dan RON97 turun tujuh sen berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini.

Bagaimanapun harga diesel kekal seminggu lepas.

Penurunan ini adalah bagi tempoh 22 hingga 28 Jun ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui laman sesawangnya secara infografik menyatakan, harga runcit petrol masing-masing turun tujuh sen iaitu RON95  kepada RM1.91 seliter manakala RON97 kepada RM2.17 seliter.

Harga runcit diesel pula kekal kepada RM1.88 seliter.

Bagi minggu sebelum ini iaitu 14 Jun hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM1.98 seliter, RON97 pada RM2.24 dan diesel RM1.88 seliter. – 21 Jun 2017.