Tok Pa Makan Colek Bersama Media Kelantan

Seramai 75 pengamal media Kelantan dirai dalam majlis makan colek bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Kota Bharu, malam tadi.

Majlis secara santai itu turut diisi dengan sesi dialog antara media dengan Mustapa berhubung politik dan isu semasa.

Menurut Mustapa, program seumpama itu diadakan setiap tahun pada bulan puasa bagi mengeratkan hubungan silaturahim dengan pihak media di negeri itu.

“€œDalam program ini, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama kita dapat berkongsi pandangan mengenai isu-isu yang berbangkit.

“€œSelain itu kita menghargai jasa media yang memainkan peranan cukup penting dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat” katanya semasa berucap pada majlis itu.

Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Hanafi Mamat, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Yahya Mamat dan Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) Mohd. Zailani Abd. Rahman. – 21 Jun 2017.